Rabu, 27 Mei 2009

Minyak lintah - intro


Minyak lintah merupakan salah satu sumber perubatan dalam mengatasi masalah tenaga batin. Seperti jelas dari namanya sendiri minyak lintah diperbuat dari lintah.

Lintah merupakan salah satu jenis spesis hidupan air yang boleh dikatakan agak lama diketahui dan digunakan oleh orang Melayu di Nusantara untuk dijadikan sebagai ramuan perubatan terutamanya di dalam meningkatkan tenaga batin lelaki. Daripada inilah juga terhasilnya minyak lintah.

Salah seorang pakar perubatan antarabangsa iaitu Dr. Mahelly pernah menyatakan bahawa lintah amat berguna bagi perjalanan darah beku yang digunakan tujuan pembedahan. Beliau juga ada menjelaskan lintah boleh dibiarkan menghisap darah pada mana-mana bahagian badan kita untuk tujuan membuang darah kotor daripada tubuh manusia.

Dari segi tenaga batin, minyak lintah digunakan sebagai minyak urut bagi mengurut zakar. Dengan teknik urut batin yang betul, insyaallah khasiat minyak lintah insyaallah akan dapat dirasai dengan lebih baik.

Masalah ejakulasi awal



Dengan menumpukan tahap ereksi, sebahagian besar lelaki yang menghadapi masalah ejakulasi awal dapat mengatasinya. Ini juga dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi.

Selain itu, masalah ejakulasi awal juga boleh diatasi dengan teknik mengemut. Bagi mereka yang mahir dengan teknik ini, ereksi masih dapat dikekalkan walaupun ejakulasi telah berlaku.

Gel anaesthetic juga masih gagal digunakan oleh sesetengah kalangan yang bermasalah tersebut yang digunakan untuk mengebaskan zakar. Tetapi cara ini mempunyai masalah kerana ubat itu perlu dibersihkan dulu sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj. Faraj pula akan menjadi kebas jika langkah pembersihan tidak dibuat.

Selain itu, ada yang menggunakan gambir sarawak yang merupakan sejenis ramuan mengandungi bahan herba dan kimia di mana ia disapu pada penghujung zakar selepas dicampur dengan air sejuk. Hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak selesa selepas beberapa minit.

Ereksi yang padat dan tidak selesa dikatakan akan dirasai hasil dari ketidakselesaan tersebut. Ini tentunya akan dapat bertahan lama jika dimasukkan ke dalam faraj.

Seperti penggunaan gel anaesthetic, dengan gambir sarawak, zakar juga perlu dibersihkan sebelum dimasukkan ke dalam faraj untuk mengelakkan isteri terasa panas pada farajnya sepeti terkena cili api. Ia juga memberi kesan sampingan iaitu kulit penghujung zakar menggelupas dan mungkin boleh melecet.

Selain dari panduan di atas, mereka yang menghadapi masalah ejakulasi awal juga dinasihati mendapatkan nasihat dari doktor untuk lebih kepastian.

Isteri tak puas, jangan ambil mudah



Bayangkan seseorang lelaki itu mempunyai nafsu kuat, tetapi setiap kali bersama isteri, dia gagal bertahan lama atau dengan perkataan lain, cepat klimaks . Perkara ini sepatut berlaku, kerana hubungan kelamin adalah anugerah Allah dan merupakan keperluan manusia.

Masalah isteri tidak puas bukan perkara yang kecil kerana ia akan memberi impak negatif kepada isteri dan seterusnya membahayakan rumahtangga. Sesetengah isteri akan mula merungut tetapi ada segolongan yang hanya mengambil sikap berdiam diri.

Sikap berdiam diri merupakan seperti api dalam sekam yang mungkin suatu hari akan terlihat juga. Ini jika tidak disedari dan tiada usaha bersungguh oleh suami mungkin akan menyebabkan masalah lain seperti isteri curang atau isteri menuntut cerai .

Terdapat online survey yang telah dijalankan berkenaan tahap kepuasan semasa hubungan kelamin dikalangan wanita. Hasilnya agak mengejutkan:

  • 70% tidak pernah mencapai puncak orgasme / klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami
  • 65% mengaku sering berpura-pura mencapai orgasme / klimaks semasa bersama suami
  • Hanya 15% mencapai lebih dari sekali orgasme dalam seminggu
Perkara ini perlu dijadikan iktibar oleh semua suami untuk memastikan ini tidak berlaku dalam rumahtangga mereka dan sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Orgasme Biasa vs Orgasme Pancutan/Ejakulasi


Post kesihatan seksualiti yang pertama ini ingin memberikan perbezaan antara 2 jenis orgasme pada wanita. Ini adalah berasaskan sebuah ebook yang baru dilancarkan oleh seorang internet marketeer Malaysia.

Orgasme Biasa :

  • Pengecutan yang sedikit dirasai wanita pada alat kelaminnya dan ini turut boleh merasai sedikit oleh lelaki pada zakar atau jarinya
  • Pada kebiasaannya, boleh bertahan diantara beberapa saat sehingga ke satu minit. Ini boleh berlaku berkali-kali
  • Hilang ketegangan dan terasa relaks akan dirasai oleh wanita. Orgasme berganda-ganda juga boleh dirasai oeh wanita jika dia hendak.

Orgasme Pancutan/Ejakulasi :

  • Sensasi kemutan yang amat mendalam akan dirasai oleh wanita. Selain itu, wanita juga akan merasai getaran yang hebat yang akan dirasai bermula dari dalam antara faraj dan uterus. Getaran pada faraj dan tubuh badannya boleh disedari dan dilihat oleh wanita sendiri. Akibat dari pergerakan otot yang bergetar dengan hebatnya, ini akan kelihatan seperti faraj terkemut-kemut keluar dan masuk.
  • Zakar atau jari lelaki akan cuba ditolak keluar oleh faraj wanita akibat dari getaran hebat ini.
  • Bertahan lebih lama dan mungkin berganda-ganda yang boleh mencapai sehingga lebih kurang 20 minit, jika rangsangan diteruskan.
  • Pancutan atau semburan berlaku, dan pancutan boleh mencapai dari ½ inci sehingga ke 3 kaki dan boleh berlaku lagi jika rangsangan diteruskan.
  • Semasa dan selepas ejakulasi, perasaan tenang, santai dan relaks adalah lebih mendalam
  • Selepas pengalaman pertama, pancutan/ejakulasi seterusnya akan lebih mudah untuk berlaku. Ini berbeza dengan orgasme biasa dimana kadang-kadang sukar dialami wanita walaupun telah berpengalaman.

Itulah serba sedikit perkongsian, dan kepada suami-suami yang ingin memberi yang terbaik untuk isteri mereka dan demi kelangsungan seksualiti yang sihat, boleh mendapatkan e-book tersebut melalui banner di atas.

0 komentar: